CURA SI MANJA KINI adalah berasal dari perkataan Sanskrit-Churiga (Si) Mandakini yang bererti Mata Pisau dari Tasik Mandakini (sebuah Tasik berhampiran dengan Sungei Ganges, di India).

Mengikut cerita sejarah dulu, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Raja Iskandar Zulkarnain dan diturunkan kepada Sang Sapurba (juga digelar Nila Utama) yang tiba-tiba menjelma di Bukit Seguntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya Krishna Pendita dan Nila Pahlawan'. Mengikut Hikayat Ketinggian Salahsilah Kesultanan Perak, keturunan kesultanan Perak adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahri (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran Saktimuna dengan Pedang CURA SI MANJA KINI. Pada waktu itu Saktimuna sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut Agama Islam.

Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi Pedang ini dan disimpan oleh Baginda sahingga Baginda menjadi Sultan Kampar (Sumatera) salepas Baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530.

Sebelum mangkat, Baginda Sultan Mahmud telah menghantar anakandanya Raja Mudzaffar untuk menjadi Sultan yang Pertama bagi Negeri Perak. Didalam keberangkatan Raja Mudzaffar, Baginda dilengkapkan dengan Pedang ini dan alat-alat Kebesaran Kesultanan. Dari tarikh itu PEDANG CURA SI MANJA KINI yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun-temurun bagi Sultan yang memerintah Negeri Perak.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati