Assalamualaikum..... Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menunaikan salah satu rukun islam iaitu berpuasa di bulan ramadhan kepada semua anak-anak Gayong dari seluruh tanah air dan dunia. Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita masih bernafas untuk meneruskan perjuangan yang di amanahkan kepda kita iaitu membawa warisan kesenian melayu tua...seni silat.

Sebagai pewaris dan anak Gayong,kita memainkan peranan utama sebagai pemangkin serta ikon kepada anak-anak muda bagi menceburi,mengamal dan memepelajari seterusnya menjadi tunjang bagi perkembangan seni Gayong untuk dijaga dan dipertahankan sebaik mungkin.
Seperti yang sering dan cuba diterangkan,tujuan laman komuniti ini bukan berniat bagi mempelbagai atau membuka gayong baru atau apa-apa saja yang difikirkan negatif. Tidak terniat untuk melakukan semua itu melainkan mengumpul seiap blog-blog PSSGM,PSSPGM,PSSGWM,PSSGWSM,PASAK dan Sundang Pusaka.

Oleh yang demikian,sekali lagi saya sebagai salah seorang anak Gayong menyeru serta mengharapkan tindakkan susulan dari Admin-Admin Bloggers juga Web Gayong untuk menyertai komuniti ini dimana selain kita dapat berkenalan,kita juga dapat membincangkan serba sedikit apa yang difikirkan baik untuk dikongsikan bersama..


Akhir sekali,kepada Admin-Admin bloggers yang telah bersama kami terima kasih dan bantulah kami untuk mencari dan mengesan blog-blog atau web Gayong serta bawalah mereka bersama-sama kita untuk berkumpul disini sebagai hentian untuk kita mengeratkan tali silaturahim ukhwah antara kita sesama anak Gayong..


Terima Kasih,
Selamat menunaikan Ibadah Puasa
Admin KGAGS

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati