Assalamualaikum & salam sejahtera.... Dah lama rasanya tak kemaskini laman blog ini disebabkan kesibukkan dengan kerja dan sebagainya.. Kepada saudara-saudara seGayong denganku, maafkan hamba diatas kesibukkan dan tidak sempat untukmengemaskini laman komuniti kita ini.

Untuk pengetahuan semua,pihak kami masih menunggu maklumbalas daripada saudara-saudara anak-anak Gayong untuk bersama-sama menyertai group Komuniti ini. Namun sampai kesaat ini pihak kami hanya menerima 5 Blog daripada puluhan blog yang kami invite untuk bersama menyertai komuniti ini. Tujuan kami hanyalah untuk cuba memberi ruang untuk bersama dan mempromosikan blog anak-anak gayong kepada umum..

Kami juga masih menunggu jika terdapat sebarang komen atau maklumbalas atau artikel-artikel yang berguna untuk dikongsikan bersama-sama dengan anak-anak Gayong yang lain. Namun sehingga ke hari ini ianya tidak berlaku,baik dari PSSGM,PSSPGM,PSSGWM,PSSGWSM,PASAK & Sundang Pusaka.. Semoga apa yang cuba kita rancang dan manfaatkan disini berguna untuk semua anak-anak Gayong dan anda juga dipelawa untuk menjadi penulis bagi menyumbangkan buah fikiran serta penulisan anda disini. Pada yang berminat,sila emailkan kepada pihak kami di












These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati